Sunday, 15 September 2013

MENGENAL PASTI JENIS LOGAM - IDENTIFY TYPE OF MATERIAL

       Salam dan diharapkan anda sihat dan ceria saat ini...Hari ini saya akan kongsikan berkenaan dengan mengenal pasti jenis logam.Sebagai seorang Jurukimpal yang sedang menuntut ilmu kimpalan ketika ini atau pun yang sudah di alam pekerjaan kita harus tahu tentang benda-benda kerja yang kita kerjakan.

      Oleh sebab itulah kali ini saya akan berikan informasi ini sebagai rujukan dan pengetahuan kita bersama.Logam terbahagi kepada dua jenis Logam Asas iaitu FERROUS dan NON FERROUS.

       Logam Ferrous adalah besi yang mengandungi karbon yang menentukan kekerasan logam tersebut.Terdapat tiga peringkat atau tahap kekerasan logam iaitu,keluli karbon tinggi,keluli karbon rendah,dan non ferrous.

      Keluli karbon tinggi biasanya mengandungi 0.45% - 1.07% karbon dan dikenali sebagai keluli karbon lompat tinggi dan terdapat juga keluli yang mempunyai karbon sebanyak 0.45% - 0.75%. Kedua-dua logam atau keluli ini boleh mengeluarkan haba.Logam jenis ini digunakan sebagai landasan kereta api,spring kereta dan sebagainya sesuai dengan sifat logamnya yang kuat.Manakala logam yang mengandungi 0.75% - 1.07% karbon kuasa tinggi digunakan untuk membuat mata gergaji dan sebagainya.

     Keluli karbon rendah ini bersifat kuat,mulur dan senang dibentuk serta dikimpal.Keluli jenis ini tidak boleh memberikan kesan terhadap proses perlakuan haba dan ianya mengandungi 0.05% - 0.30% karbon dan silicon 0.5%.

     Non ferrous pula adalah logam yang mempunyai tahap lebur sehingga 845 darjah celcius hingga 1045 darjah celcius dan mempunyai angka kekerasan 60 - 200.Logam non ferrous bersifat loyang dan pengalir yang paling baik.Punca logam non ferrous ini adalah dalam kadar 2 per 3 sahaja.

     Setakat ini sahaja perkongsian saya untuk post kali ini dan jika ada sebarang penambah baikan mahupun komen dan pertanyaan,jangan segan untuk memberikan komen di ruangan komen di bawah.Harap-harap, sedikit informasi ini boleh membantu anda.

     Sekian dan nantikan post yang akan datang.!!!

No comments:

Post a Comment