Untuk menghasilkan keluli,besi jongkong akan dileburkan semula supaya bahan-bahan asing yang terlalu banyak didalamnya dapat dipisahkan.Keluli bolah dijadikan berbagai-bagai bahan atau logam kejuruteraan.Keluli mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.02% hingga 1.7% jika dibandingkan dengan logam yang lain,keluli adalah lebih kuat dan boleh dikeraskan dengan tindakan haba.oleh itu,ia boleh digunakan untuk membuat alat pemotong dan sebagainya.
Keluli boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu;
- Keluli Berkarbon
- Keluli Aloi
- Keluli karbon rendah.
- Keluli karbon sederhana
- Keluli karbon tinggi
KELULI BERKARBON RENDAH mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.02% hingga 0.30%. Ia juga dikenali sebagai keluli lembut dan merupakan kelulu yang termurah.Keluli ini sesuai untuk membuat rod,kepingan keluli,plat,turbin,struktur keluli ( keratan alur,sudut,saluran dan tee ) rivet,dawai dan sebagainya.Keluli ini mempunyai sifat mulur,ketempaan dan mudah dimesin.
KELULI BERKARBON SEDERHANA mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.30% sehingga 0.60%.Keluli ini lebih tinggi kekuatannya jika dibandingkan dengan keluli berkarbon rendah.Sifat-sifatnya boleh dipertingkatkan lagi dengan mengenakan tindakan haba supaya lebih keras dan teguh.Keluli jenis ini biasanya digunakan untuk membuat block acuan,pegas berlapis,tali dawai,pemutar skru,pahat,sepana,tukul tempahan kerja berat,tiub tekanan tinggi,rod penyambung,aci engkol gear,spindel,keluli hitam dan keluli kilat.
KELULI BERKARBON TINGGI pula mempunyai kandungan karbon sebanyak 0.8% hingga 1.4% dan keluli jenis ini mempunyai gabungan sifat-sifat kekerasan dan keteguhan.Keluli berkarbon tinggi ini lebih sukar untuk diproses.Biasanya keluli jenis ini digunakan untuk membuat kapak,pisau,acuan,kikir,mata alat pelarik dan sebagainya.
KELULI ALOI merupakan campuran dua logam dimana sifatnya telah diubah daripada sifat logam asal.Beberapa unsur lain telah dicampurkan untuk mempertingkatkan sifat mekanikalnya.Unsur-unsur tersebut termasuklah kranium,koblat,molibdenum,nikel,fosforus,silikon,tungsten dan vanadium.Antara contoh keluli jenis aloi ialah seperti,keluli tahan lasak,keluli alat,keluli tahan karat dan lain-lain lagi.
Boleh saya tahu relau apa yg digunakan utk keluli berkarbon rendah, keluli berkarbon sederhana dan keluli berkarbon tinggi?
ReplyDelete2 jenis alatan tangan yang diperbuat dari keluli aloi
ReplyDeleteKeluli berkarbon rendah ni cepat berkarat ke
ReplyDeletePlat karbon ketebalan 6mm,9mm kedudukan 1f dan 2f?
ReplyDelete